UNITED STATES, 27 Oktober - Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) optimis untuk memperbaharui perjanjian yang membenarkan eksport bijirin dari Ukraine.
Perjanjian 120 hari Inisiatif Bijirin Laut Hitam yang dipersetujui antara Moscow dan Kiev itu dijadual berakhir 19 November ini.
Ia menyatakan istilah untuk mengeksport bijirin dari pelabuhan Ukraine yang disekat kerana perang yang dimulakan Rusia pada Februari.
Perjanjian kedua yang ditandatangani, membolehkan eksport makanan dan baja Rusia meskipun sekatan Barat dikenakan ke atas Moscow atas pencerobohan itu.
Bawah perjanjian tersebut, hampir 9-juta tan bijirin telah dibawa keluar dari pelabuhan Ukraine sekaligus melegakan krisis makanan global yang disebabkan oleh pencerobohan Rusia di negara itu.
(FOTO HIASAN/AFP)
Menurut Setiausaha Rendah PBB bagi Hak Asasi Kemanusian, Martin Griffiths, pembaharuan perjanjian tersebut penting untuk pasaran.
"Kami berminat untuk melihatnya diperbaharui dengan segera sekarang. Ia penting untuk pasaran. Ia penting untuk kesinambungan sahaja," kata Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan, Martin Griffiths.
"Dan saya masih agak optimis bahawa kita akan mendapatkannya," kata Griffiths.
Griffiths baru-baru melawat ke Moscow bersama Rebeca Grynspan iaitu Setiausaha Agung Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan.
Beliau berkata secara teknikalnya tiada ada keperluan untuk adakan perjanjian baharu, sebaliknya perlu untuk menilai semula dan memudahkan prosedur sedia ada. - AFP