fb fb fb fb fb

Kilang aiskrim di Pyongyang selesai dibina

SEOUL, 27 Oktober - Korea Utara selesai membina sebuah kilang aiskrim di Pyongyang seperti yang diarahkan pemimpin Kim Jong Un, agensi berita Yonhap memetik media negaranya Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada Khamis.

Satu majlis sempena siapnya kilang pengeluaran aiskrim "moden" di Taesongsan itu telah diadakan pada Rabu.

Naib Perdana Menteri dan ketua pejabat dasar ekonomi Parti Pekerja Jon Hyon Chol berkata: "projek untuk meningkatkan kebajikan rakyat tidak boleh ditangguhkan tidak kira betapa beratnya kesukaran yang dilalui.”

(FOTO HIASAN/REUTERS)

Beliau berkata pembinaan kilang itu siap dalam tempoh yang singkat dan terima kasih kepada usaha khas yang dilaksanakan pemimpin Kim untuk mempercepatkan projek berkenaan.

Taesongsan yang terletak di pinggir Pyongyang mempunyai pelbagai tempat tarikan utama termasuk taman hiburan, kolam renang dan zoo.

Korea Utara baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa langkah untuk meningkatkan kehidupan rakyatnya di tengah-tengah kekurangan makanan dan sekatan global yang berterusan. - BERNAMA

Media Baharu