fb fb fb fb fb

PBB gesa 'gencatan senjata kemanusiaan segera' di Gaza

Foto AFP

GENEVA, 24 Oktober- Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa gencatan senjata segera di Gaza ketika penduduknya berdepan serangan Israel sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.

Ketua Hak Asasi Manusia PBB Volker Turk dalam satu kenyataan berkata langkah pertama perlunya gencatan senjata kemanusiaan segera untuk menyelamatkan nyawa orang awam melalui pemberian bantuan kemanusiaan secepat mungkin dan berkesan.

“Keganasan ini tidak akan pernah berakhir, melainkan pemimpin bangkit dan mengambil pilihan berani dan berperikemanusiaan yang diperlukan oleh asasi manusia,” katanya.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan bahawa lebih 5,000 orang telah terbunuh di wilayah itu sejak Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas.

"Terlalu banyak nyawa orang awam, kebanyakannya kanak-kanak, telah terkorban di kedua-dua belah pihak akibat daripada permusuhan ini," kata Turk.

"Dan, melainkan jika sesuatu berubah, hari-hari mendatang akan menyaksikan lebih ramai orang awam di ambang kematian akibat pengeboman berterusan.

Sementara itu, Presiden Amerika Syariat Joe Biden, berkata perbincangan mengenai gencatan senjata Gaza hanya boleh dilakukan jika Hamas membebaskan semua tawanan.

"Kita sepatutnya membebaskan tebusan itu dan kemudian kita boleh bercakap," kata Biden apabila ditanya sama ada dia akan menyokong perjanjian "tebusan untuk gencatan senjata". AFP

ROSLINA BINTI DIN