fb fb fb fb fb

PBB beri amaran keadaan bertambah buruk di Gaza

Foto AFP

GENEVA, 6 Mei- Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran keadaan bertambah buruk di Gaza selepas hampir sembilan minggu, bawah sekatan Israel.

Menurut Jurucakap Agensi Kemanusiaan PBB (OCHA), Jens Laerke, penduduk Gaza kini sangat memerlukan makanan dan minuman.

"Di Gaza, terdapat keperluan terdesak untuk bekalan makanan dan minuman.

"Mereka memerlukannya namun malangnya mereka diancam pengeboman. Mereka memerlukan penjagaan kesihatan tetapi diserang," katanya.

Beliau turut membantah cadangan NGO Israel untuk menghantar bekalan melalui hab Israel di bawah syarat yang ditetapkan oleh tentera Israel.

"PBB menolak mentah-mentah cadangan itu kerana ia tidak memenuhi prinsip asas kemanusiaan iaitu kesaksamaan, berkecuali dan penyampaian bantuan bebas.

"Sistem yang dicadangkan itu seolah-olah direka untuk mengawal dan menyekat bekalan, yang bertentangan dengan keperluan," tegasnya.

Sebaliknya kata beliau, apa yang diperlukan untuk mengurangkan penderitaan adalah mendesak Israel membenarkan lintasan sempadan dibuka semula.

"Kami mempunyai bantuan yang diletakkan di luar sempadan Gaza, bersedia untuk masuk," katanya.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello