fb fb fb fb fb

Paus terperangkap di Sungai Seine berjaya diselamatkan

(FOTO REUTERS)

SAINT-PIERRE-LA-GARENNE, 10 Ogos- Paus beluga yang terperangkap di Sungai Seine di utara Perancis telah berjaya diselamatkan.

Paus tersebut dikeluarkan dari air pada awal Rabu dalam peringkat pertama operasi menyelamat, kata seorang wartawan AFP.

Selepas hampir enam jam, mamalia air seberat 800 kilogram itu diangkat dari sungai dengan jaring menggunakan bantuan kren pada kira-kira pukul 4:00 pagi dan diletakkan di atas tongkang di bawah penjagaan segera sekumpulan doktor haiwan.

Paus beluga putih itu dikhabarkan sesat dan terperangkap di Sungai Seine.

Ia merupakan pemandangan yang luar biasa kerana haiwan itu biasanya dilihat di perairan Artik yang sejuk.- AFP


(Paus beluga putih yang terperangkap di Sungai Seine / REUTERS)

Media Baharu