fb fb fb fb fb

Pasukan kecemasan dikerah ke lokasi kejadian amuk di Taipei

Foto AFP

TAIPEI, 20 Disember – Pasukan kecemasan segera dikerahkan selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau mengamuk di pusat bandar Taipei pada Jumaat.

Video yang diperoleh Reuters menunjukkan pasukan paramedik memberikan rawatan di lokasi kejadian, termasuk seorang individu yang sedang melakukan bantuan pernafasan.

Puluhan kenderaan polis dan kecemasan memenuhi jalan raya ketika orang ramai berkumpul di kawasan membeli-belah yang sibuk di tengah Taipei.

Polis memaklumkan bahawa lelaki yang disyaki melakukan serangan itu menggunakan bom tangan asap dan pisau, serta bertindak seorang diri.

Serangan itu mengakibatkan tiga orang terbunuh, manakala 11 lagi cedera, termasuk dua yang kini berada dalam unit rawatan rapi (ICU).

Chang Wen, 27, dari bandar Taoyuan meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan ketika dikejar polis pada petang Jumaat. Motif serangan masih dalam siasatan.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN