GAZA, 20 Disember - Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin terbunuh dalam dua serangan udara berasingan rejim Zionis Israel di selatan dan utara Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.
Agensi Berita dan Maklumat Palestin melaporkan, empat individu termasuk seorang wanita terkorban akibat serangan udara berulang ke atas Bandar Bani Suheila, timur Khan Younis, di selatan Gaza.
Sementara itu dalam satu kejadian berasingan, beberapa media Palestin melaporkan bahawa pada petang Jumaat, tentera Israel menyasarkan sebuah pusat latihan yang dijadikan tempat perlindungan penduduk awam terpaksa berpindah di kawasan Tuffah, Bandar Gaza. Sekurang-kurangnya enam orang termasuk wanita dan kanak-kanak dilaporkan terbunuh.
Usaha menyelamat berdepan kesukaran apabila serangan berterusan Israel serta sekatan akses menghalang ambulans dan pasukan pertahanan awam daripada memasuki kawasan berkenaan. Jumlah korban dijangka meningkat.- REUTERS