fb fb fb fb fb

Parti Buruh menang besar dalam Pilihan Raya Australia

Albanese meraikan kemenangan bersama penyokongnya di Sydney

CANBERRA, 3 Mei - Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Anthony Albanese berjaya mempertahankan kuasa untuk penggal kedua selepas mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Persekutuan Australia.

Kemenangan tersebut menjadikan Albanese sebagai pemimpin pertama daripada mana-mana parti utama yang memenangi pilihan raya berturut-turut sejak 2004.

Dalam ucapannya di sebuah acara Parti Buruh di Sydney, Albanese berikrar untuk berkhidmat kepada semua rakyat Australia.

Kerajaan pimpinannya akan membalas kepercayaan dan amanah para pengundi sepanjang tiga tahun akan datang.

Menurut unjuran Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), Parti Buruh dijangka memperoleh bilangan kerusi tertinggi dalam sejarah parti itu di Dewan Rendah Parlimen Persekutuan, tempat kerajaan dibentuk.

Hari ini lebih 7,000 pusat mengundi dibuka di seluruh Australia bagi membolehkan rakyat memilih sama ada untuk mengekalkan Kerajaan Buruh pimpinan Albanese atau memberi peluang kepada gabungan Liberal-Nasional yang dipimpin Peter Dutton.-BERNAMA

JALALUDDIN BIN BAHARIN