AKANDA, GABON, 3 MEI – Gabon mencatat sejarah baharu apabila bekas ketua junta, Brice Oligui Nguema, mengangkat sumpah sebagai Presiden pada Sabtu di hadapan sekitar 40,000 rakyat dan 16 ketua negara Afrika.
Majlis penuh simbolik berhampiran ibu negara, Libreville, menyaksikan Oligui meletakkan tangan kanannya di atas perlembagaan baharu yang diluluskan melalui referendum pada November 2024.
Oligui sebelum ini mengetuai kerajaan peralihan selama 19 bulan selepas menamatkan pemerintahan lebih 55 tahun keluarga Bongo yang mendominasi politik Gabon.
Peralihan kuasa ini membuka lembaran baharu buat Gabon dengan harapan kepada reformasi politik, kestabilan, dan pembaharuan institusi selepas puluhan tahun di bawah satu dinasti politik. - AFP