fb fb fb fb fb

Parlimen Nepal dibubarkan

Parlimen Nepal dibubarkan hari ini

KATHAMANDU, 13 September - Parlimen Nepal dibubarkan hari ini.

Menurut Penasihat Akhbar Presiden, Kiran Pokharel, Nepal akan mengadakan Pilihan Raya Umum pada 5 Mac tahun depan selepas Sushila Karki mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Interim.

"Atas syor Perdana Menteri, Parlimen telah dibubarkan. Tarikh pilihan raya ialah 5 Mac 2026," katanya kepada AFP.

Sebelum ini, Nepal berdepan dengan protes daripada golongan Gen Z berpunca daripada sekatan kerajaan terhadap media sosial.

Protes seterusnya merebak pada skala lebih besar sehingga menyebabkan 51 orang maut setakat ini dengan lebih 1,300 lagi cedera.

JALALUDDIN BIN BAHARIN