fb fb fb fb fb

Parlimen Indonesia lulus rang undang-udang pemindahan ibu negara baharu

Foto AGENSI

JAKARTA, 18 Januari - Parlimen Indonesia telah meluluskan rang undang-undang untuk memindahkan ibu negara dari Jakarta ke Kalimantan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Perancangan Pembangunan Kebangsaan, Suharso Monoarfa.

Undang-undang ibu negara baharu itu menyediakan rangka kerja projek mega bernilai AS$32 bilion.

Ia bagi menentukan bagaimana pembangunannya dibiayai dan ditadbir.

Menurut Suharso, ibu kota baharu tersebut mempunyai fungsi pusat dan merupakan simbol identiti negara serta pusat graviti ekonomi baharu.

Ibu negara baharu dinamakan sebagai “Nusantara”.

Media Baharu