FOTO:AFP
ADEN, 18 Januari - 14 orang maut dalam serangan udara di sebuah bangunan di Sanaa, Yaman.
Serangan dilancarkan tentera gabungan diketuai Arab Saudi bagi menentang pemberontak Houthi.
Ia sebagai tindak balas serangan kumpulan terbabit terhadap Emiriah Arab Bersatu, semalam.
Sumber pasukan perubatan dan penduduk setempat memaklumkan, berdasarkan anggaran awal, 14 nyawa terkorban.
Ia turut menyasar rumah milik seorang bekas pegawai tentera sehingga meragut nyawanya, isteri dan anak lelaki.