fb fb fb fb fb

Warga Britain korban pertama tragedi tsunami Tonga


SYDNEY, 18 Januari- Pihak berkuasa mengesahkan kes kematian pertama susulan letusan gunung berapi dasar laut berhampiran kepulauan Pasifik Tonga sehingga mencetuskan tsunami.

Mangsa wanita warga Britain dikenali sebagai Angela Glover, 50 tahun dilapor dihanyutkan ombak tsunami setinggi 1.2 meter yang membadai kawasan darat bandar ibu negara Tonga.

Menurut media tempatan, mangsa tinggal bersama suami, James dan abangnya, Nick Eleini.

Pihak berkuasa memaklumkan dua wanita turut lemas sejak bencana berlaku Sabtu lalu di utara Peru akibat ombak besar selepas letusan gunung berapi.

Talian telefon dan kabel internet bawah laut masih terputus dan dijangka mengambil masa berminggu-minggu untuk dibaik pulih dengan jumlah sebenar letusan masih belum diketahui.

Gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai meletus sehingga menyelubungi Tonga dan mencetuskan tsunami di seluruh Pasifik serta menyebabkan gelombang ombak besar

Sementara itu, imej satelit terkini menunjukkan gunung berapi di Tonga yang letusan ganasnya menyebabkan tsunami di Lautan Pasifik hujung minggu, hampir hilang.

Ia dikesan menerusi gambar terbaharu dikeluarkan Pusat Satelit Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Gambar menunjukkan letusan gunung berapi Hunga Tonga Hunga Ha'apa menyebabkan hanya dua bahagian kecil tanah yang masih kekal di atas paras laut.

Letusan yang berlaku Sabtu lalu, antara yang paling kuat dalam tempoh tiga dekad. -AFP

Media Baharu