fb fb fb fb fb

Parlimen Eropah, negara anggota EU bersetuju peraturan pengecas telefon tunggal

BRUSSELS, 7 Jun- Parlimen Eropah dan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) pada hari Selasa bersetuju dengan teks undang-undang yang hanya membenarkan pengecas standard untuk telefon pintar dan tablet yang dijual di blok itu, keputusan yang dilihat memberi tamparan hebat kepada Apple.

Bagi kebanyakan peranti mudah alih, penetapapan menggunakan pengecas USB Type-C akan berkuat kuasa mulai akhir 2024, kata perkhidmatan akhbar Parlimen Eropah.

(Pengecas USB Type-C/Foto Wikipedia)

EU percaya kabel standard untuk semua peranti akan mengurangkan sisa elektronik, tetapi raksasa iPhone Apple berhujah bahawa pengecas satu saiz untuk semua akan memperlahankan inovasi dan mewujudkan lebih banyak pencemaran.

"Undang-undang baharu ini akan menjadikan kehidupan pengguna Eropah lebih mudah dan akan menjadi lebih baik untuk alam sekitar," kata Ahli Parlimen Eropah, Andrey Kovatchev, salah seorang perunding.

"Sudah tiba masanya untuk menamatkan timbunan kabel yang kita semua ada dalam laci kami dan menjimatkan kira-kira 11,000 tan sisa elektronik setahun," katanya. -AFP

Media Baharu