ISLAMABAD, 8 September - Hujan monsun lebat dan paras air Sungai Chenab yang meningkat menyebabkan puluhan penduduk terperangkap di daerah Multan, Pakistan, pada Isnin.
Pasukan penyelamat dilihat menggunakan bot untuk memindahkan penduduk, termasuk kanak-kanak, yang menunggu dalam air banjir sedalam paras pinggang.
Musim monsun yang ganas tahun ini mengakibatkan kemusnahan besar di seluruh negara, dengan sekurang-kurangnya 880 mangsa dilaporkan terkorban.
Di wilayah Punjab sahaja, pihak berkuasa memaklumkan sekurang-kurangnya 2 juta penduduk telah dipindahkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas banjir menenggelamkan hampir 4,300 buah kampung.- REUTERS