fb fb fb fb fb

Pandemik COVID-19 menyebabkan pembaziran pelitup muka dikitar semula jadi pengecas telefon

NEW TAIPEI CITY, 2 Februari - Satu kajian yang dijalankan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) mendapati pandemik COVID-19 telah menghasilkan sehingga 7,200 tan sisa perubatan setiap hari, dan kebanyakannya adalah pelitup muka terpakai.

Sebuah firma di Taiwan cuba mengatasi masalah tersebut dengan mengitar semula pelitup muka menjadi pengecas telefon tanpa wayar.

Syarikat Miniwiz menghasilkan sebuah mesin, dikenali Trashpresso.

Trashpresso akan memampatkan sisa pelitup muka tersebut sehingga terbentuk plastik yang boleh digunapakai untuk bahagian pembuatan pengecas telefon.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arthur Huang, pelitup muka yang diperbuat daripada sintetik fiber plastik itu ada nilainya dan boleh dimanfaatkan semula.

Katanya, pandemik COVID-19 telah menghasilkan banyak pembaziran.

Laporan oleh kumpulan pencinta alam OceansAsia pada Disember 2020 mendapati hampir 1.6 bilion pelitup membanjiri laut dunia pada tahun 2020 sahaja.

Media Baharu