Foto AFP
EQUADOR, 2 Februari - Sekurang-kurangnya 24 orang terkorban dalam kejadian banjir besar di bandar Quito. Ia merupakan kejadian banjir paling buruk di Equador dalam tempoh dua dekad.
Perkhidmatan kecemasan Ecuador memaklumkan berpuluh yang lain masih hilang, manakala 48 orang cedera dalam kejadian tersebut.
Klip rakaman video menunjukkan, arus deras bersama lumpur, batu dan serpihan kayu melintasi jalan-jalan utama.
Ramai yang terlibat dibawa ke pusat perlindungan. Susulan bencana itu, pihak berkuasa mengisytiharkan tiga hari berkabung bermula Selasa.
Hujan dilaporkan berlaku selama 17 jam tanpa henti. Selain jalan raya, banjir turut memusnahkan kawasan pertanian, kemudahan awam dan pencawang elektrik.
Datuk Bandar Quito, Santiago Guarderas berkata, air dari struktur tadahan di lereng bukit yang berkapasiti 4,500 meter padu, turut melimpah.
Banjir bermula di lereng gunung berapi Pichincha, yang menghadap ke ibu negara.
Guarderas berkata hujan pada Isnin telah merekodkan 75 liter persegi dan 3.5 liter pada hari Sabtu.
Katanya, ia adalah rekod dan tidak pernah dicatat sejak 2003. -AFP