fb fb fb fb fb

Pameran Udara Dubai 2025 tarik balik penyertaan syarikat pertahanan Israel

Foto FB Dubai Airshow

DUBAI, 7 Oktober – Semua syarikat pertahanan Israel dilarang daripada menyertai Pameran Udara Dubai tahun ini. 

Menurut Pengarah Urusan Informa Markets, Tim Hawes penyertaan enam syarikat pertahanan Israel yang dijadualkan mengambil bahagian telah ditarik balik selepas satu semakan teknikal dilaksanakan pihaknya.

“Pempamer dari Israel yang sebelum ini dijangka hadir tidak akan menyertai pameran akan datang,” kata Hawes dalam sidang media mengenai acara tersebut.

Ujarnya semakan tersebut adalah prosedur biasa dilakukan terhadap semua syarikat yang menyertai pameran, dan sebarang keputusan ditentukan oleh jawatankuasa teknikal acara tersebut.

Namun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai sebab khusus larangan yang dikenakan.

Penyertaan sulung Israel dalam Pameran Udara Dubai pada 2023 tidak mendapat sokongan dan reruai pameran syarikat-syarikat pertahanan Israel turut dilaporkan kosong dan tidak beroperasi dipercayai susulan konflik di Gaza yang berterusan.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN