fb fb fb fb fb

Palm Cove dinobat pantai terbaik dunia

FOTO HIASAN

SYDNEY, 6 Mac- Palm Cove mungkin mempunyai haiwan berbahaya dan cuaca tidak menentu, tetapi pantai di timur laut Australia itu telah dinamakan sebagai pantai terbaik di dunia, mengalahkan pesaing di Hawaii, Greece dan Fiji.

Hamparan pasir putih bersih sepanjang dua kilometer yang dihiasi oleh deretan pokok kelapa telah membolehkannya menduduki tempat pertama pantai terbaik di dunia oleh majalah Conde Nast Traveller.

Palm Cove terletak di dalam "Croc Country" Australia menyaksikan restoran-restoran terkemuka serta hotel mewahnya telah dilanda Taufan Tropika Jasper akhir tahun lalu.

Tetapi Datuk Bandar Terry James percaya aset semula jadinya termasuk flora yang mengagumkan sekali gus melayakkannya mendapat ranking terbaik di dunia.

"Pengiktirafan Palm Cove sebagai pantai nombor satu dunia oleh majalah pelancongan dan laman web yang memenangi anugerah hanya mengesahkan apa yang sudah diketahui oleh penduduk tempatan tentang Palm Cove," kata James.

Banyak pantai lain di Australia yang disenaraikan, termasuk Pantai Wategos berhampiran Teluk Byron, Pantai Mona Vale di pinggir bandar utara Sydney dan Noosa di Queensland.

Pesaing utama lain ialah Pantai Honopu di pulau Kauai Hawaii, Pantai Ora di Indonesia dan Dune du Pilat di Perancis.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE