RAMALLAH, 8 Ogos - Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh, menolak keras keputusan Israel untuk mengambil alih Gaza City, dan menyeru tindakan antarabangsa bagi menghentikan apa yang disifatkan sebagai satu bentuk pencerobohan baharu.
"Kami, pihak Presiden Palestin, sedang berhubung rapat dengan para pemimpin Arab dan komuniti antarabangsa bagi mengecam dan menolak tindakan ini serta menggerakkan usaha pada semua peringkat untuk menghentikan pencerobohan," tegasnya.
Sementara itu, pejuang Hamas menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sebagai "rampasan kuasa terang-terangan" terhadap proses rundingan yang sedang terbantut.
"Rancangan Netanyahu untuk meluaskan serangan membuktikan dengan jelas bahawa beliau ingin menyingkirkan tebusan dan sanggup mengorbankan mereka," menurut kenyataan rasmi Hamas. - REUTERS