fb fb fb fb fb

Palestin kecam rancangan gugat keselamatan Jordan

Foto WAFA

RAMALLAH, 16 April– Pejabat Presiden Palestin mengecam sekeras-kerasnya rancangan pengganas yang bertujuan menggugat keselamatan negara dan mencetuskan kekacauan di Jordan.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), pejabat presiden menegaskan penolakan mutlak terhadap sebarang cubaan sedemikian, serta menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Jordan dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman.

Pejabat berkenaan turut menzahirkan keyakinan penuh terhadap keupayaan Jordan, di bawah pimpinan Raja Abdullah II, untuk menggagalkan segala cubaan yang boleh menjejaskan kestabilan negara tersebut.

"Pejabat presiden juga memuji ketabahan dan kecekalan kerajaan, rakyat serta kepimpinan Jordan dalam mempertahankan keselamatan dan kestabilan negara mereka.

“Mereka yang menyasarkan dan berusaha melemahkan Jordan, sebenarnya turut menyasarkan dan cuba melemahkan Palestin,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, pihak berkuasa Jordan telah menahan 16 individu yang disyaki terlibat dalam rancangan untuk menggugat keselamatan negara.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM