ISLAMABAD, 11 Disember - Pakistan dan China mengadakan latihan antikeganasan bersama, Warrior IX, sebagai usaha mengukuhkan kerjasama ketenteraan dua negara, menurut kenyataan pihak tentera pada Khamis.
Duta Besar China ke Pakistan, Jiang Zaidong, bersama Ketua Staf Umum Tentera Pakistan menghadiri hari lawatan (visitors day) latihan tersebut.
Latihan itu bertujuan meningkatkan kesalingoperasian pasukan dan memperkukuh lagi hubungan keselamatan antara kedua-dua negara.
Dalam kenyataan Inter Services Public Relations (ISPR), tentera Pakistan berkata latihan tersebut mencerminkan kerjasama pertahanan yang kukuh antara Pakistan dan China serta mengesahkan komitmen kedua-dua angkatan tentera untuk bekerjasama demi keamanan dan kestabilan.-REUTERS