WASHINGTON, 20 Ogos- Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan satu lagi pakej bantuan ketenteraan terbaru kepada Ukraine bernilai AS$775 untuk memperkukuh kekuatan tentera di Kiev.
Memetik kenyataan Pentagon, pakej itu merangkumi pelbagai jenis peralatan canggih termasuk Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS), dron Scan Eagle, kenderaan berperisai kalis periuk api yang dilengkapi sistem antiradiasi dan peluru berpandu.
Peluru berpandu antiradiasi lazimnya digunakan untuk menyasarkan sistem radar dan peralatan komunikasi.
Sistem roket canggih mobiliti tinggi atau HIMARS yang termasuk dalam pakej bantuan
ketenteraan terbaru Amerika Syarikat (AS) kepada Ukraine. - Foto AFP
Pakej itu diumumkan ketika serangan terbaru dipercayai berlaku di bandar Belgorod Rusia pada Khamis yang dilaporkan menyasarkan kemudahan penyimpanan peluru.
Setakat ini jumlah bantuan ketenteraan Amerika ke Ukraine sejak Januari 2021 berjumlah AS$12.6 bilion dengan sejumlah besar disalurkan selepas tercetusnya konflik Rusia-Ukraine Februari lalu. -AFP