fb fb fb fb fb

22 kematian akibat hujan lebat di Chad - PBB

N'DJAMENA, 20 Ogos- Hujan lebat menyebabkan 22 kematian di Chad sejak Jun dengan lebih 110,000 orang terjejas, kata laporan PBB.

Bencana itu telah memusnahkan lebih 2,200 hektar tanah pertanian, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB dalam satu laporan pada Rabu lepas.

Ibu kota ini yang terletak berhampiran sungai Chari, paling teruk terjejas akibat hujan lebat.

Beberapa kawasan kejiranan dinaiki air awal bulan ini selepas hujan lebat melanda bandar itu selama lebih seminggu.

Wilayah ini kerap dilanda banjir.

Pada Ogos 2020, lebih 11,500 orang kehilangan tempat tinggal berikutan hujan lebat.

Chad yang menyaksikan beberapa konflik bersenjata sejak merdeka dari Perancis pada
1960 adalah negara ketiga paling kurang membangun di dunia, menurut PBB / FOTO AFP

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 5.5 juta rakyat Chad, sekitar satu pertiga daripada penduduk negara Afrika tengah yang terkurung memerlukan bantuan kemanusiaan segera pada 2021.

Chad yang telah menyaksikan banyak konflik bersenjata sejak kemerdekaan daripada Perancis pada 1960 adalah negara ketiga paling kurang maju di dunia, menurut PBB. -AFP

Media Baharu