fb fb fb fb fb

18 maut akibat bas terjunam ke dalam sungai di ibu kota Algeria

Dua yang cedera berada dalam keadaan kritikal / Foto ALGERIA PRESS

ALGERIA,16 Ogos - Lapan belas orang maut dan sembilan cedera apabila sebuah bas terjunam dari jambatan ke dalam sungai di ibu kota Algeria pada hari Jumaat, kata perkhidmatan kecemasan.

Kemalangan itu berlaku pada lewat petang di daerah Mohammadia di timur Algiers dan dua daripada yang cedera berada dalam keadaan kritikal, tambah laporan itu.

Tiada maklumat mengenai punca kemalangan itu. - AFP

HASRON BIN HASSAN