fb fb fb fb fb

Pakatan ala-NATO' boleh bawa konflik di Asia-Pasifik

(Li Shangfu/AFP)

SINGAPURA, 4 Jun- Menteri pertahanan China memberi amaran pembentukan pakatan tentera seperti NATO di Asia-Pasifik akan menjerumuskan rantau itu ke dalam konflik.

Kenyataan Li Shangfu itu dibuat sehari selepas kapal tentera Amerika Syarikat dan China belayar berdekatan antara satu sama lain di Selat Taiwan, insiden yang menimbulkan kemarahan kedua-dua pihak.

"Percubaan untuk mendesak pembentukan perikatan seperti NATO di Asia Pasifik adalah cubaan 'menculik' negara serantau serta membesar-besarkan konflik dan konfrontasi," kata Li dalam sidang kemuncak keselamatan Dialog Shangri-La di sini yang turut dihadiri Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin.

"Asia-Pasifik hari ini memerlukan kerjasama terbuka dan inklusif, bukan berkawan dengan kelompok kecil.

“Tidak dapat dinafikan jika konflik atau konfrontasi sengit berlaku antara China dengan Amerika Syarikat, ia akan membawa penderitaan yang tidak tertanggung kepada dunia,” tambahnya. -AFP

(Li Shangfu menyampaikan ucapan semasa sidang kemuncak Dialog Shangri-La ke-20 di
Singapura/AFP)

Media Baharu