fb fb fb fb fb

Undang-undang paras siling, selamatkan ekonomi AS

FOTO AFP

WASHINGTON, 4 Jun- Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah menandatangani rang undang-undang untuk menaikkan paras siling hutang negara itu, setelah diluluskan kongres selepas beberapa minggu berdepan kebuntuan.

Akta Tanggungjawab Fiskal 2023 itu membolehkan kerajaan menaikkan paras siling hutang untuk memperbaharui pinjaman, selain memastikan bil-bil dibayar.

Keperluan itu sekali gus mengelakkan ketidaktentuan pasaran, kadar pengangguran yang tinggi dan kemelesetan ekonomi yang boleh memberi kesan kepada global.

White House dalam kenyataan, berterima kasih dengan pemimpin Republikan dan Demokrat yang akhirnya mencapai kata sepakat meluluskan rang undang-undang berkenaan.

Terdahulu, Biden dalam ucapannya mengakui, rang undang-undang paras siling hutang, menyelamatkan Amerika Syarikat daripada mengalami kejatuhan ekonomi.

Beliau turut memuji pemimpin Republikan atas kerjasama dan bertolak ansur menyelesaikan kebuntuan dengan Demokrat.

Jabatan Perbendaharaan sebelum ini memberi amaran sekiranya kata sepakat untuk menaikkan paras siling hutang negara gagal dicapai menjelang esok, Amerika Syarikat akan gagal membayar hutang yang berjumlah AS$31 trilion dolar.- AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu