fb fb fb fb fb

Menyedihkan, gajah dirakam makan sisa plastik

(Seekor gajah di tempat pembuangan di Ampara, Sri Lanka pada 3 Jun 2023/AFP)

AMPARA, 4 Jun- Seekor gajah liar dirakam memakan sampah yang mengandungi sisa plastik di tempat pembuangan di daerah sini, timur Sri Lanka.

Pemandangan menyedihkan itu dirakam semalam selepas beberapa ekor gajah dan rusa dilaporkan mati akibat perkara sama.

"Negara akan melancarkan pembersihan sisa plastik di seluruh negara menjelang undang-undang baharu yang melarang penjualan plastik sekali pakai," menurut Kementerian Alam Sekitar Sri Lanka.

Habitat gajah liar dilaporkan semakin menyusut di Sri Lanka hingga menyebabkan kumpulan haiwan terbabit memasuki kawasan penempatan manusia untuk mencari makanan. -AFP

(Foto Ishara S. Kodikara/AFP)

Media Baharu