fb fb fb fb fb

Empat kanak-kanak lemas di Kanada dipukul air pasang

(Helikopter penyelamat digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa
yang masih hilang/Reuters)

QUEBEC, 4 Jun- Empat kanak-kanak maut, manakala seorang lelaki hilang selepas dihanyutkan air pasang ketika memancing di tebing sungai di sini, Kanada pada Sabtu.

Insiden berlaku di wilayah Côte-Nord yang meliputi sebahagian besar pantai utara Sungai St. Lawrence.

"Menurut maklumat awal, sekumpulan 11 orang sedang memancing di muara sungai terbabit sebelum secara tiba-tiba mereka dipukul air pasang," kata polis wilayah Surete Du Quebec

Pasukan penyelamat menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 2.00 pagi waktu tempatan dan enam berjaya diselamatkan.

Operasi mencari dan menyelamat kemudian menemukan empat mangsa berusia 10 tahun ke atas dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Usaha mencari seorang lagi mangsa berusia 30-an dipergiatkan dengan turut melibatkan anggota penyelam dan helikopter. -Reuters

(Sungai St. Lawrence)

Media Baharu