fb fb fb fb fb

Pakar AS berpendapat belon pengintip China canggih, sukar ditembak jatuh

(Pakar belon pengawasan di badan pemikir Inisiatif Marathon
di Washington, William Kim/AFP)

WASHINGTON, 4 Februari- Belon pengintip China pertama yang ditemui terbang di atas tapak peluru berpandu balistik Amerika Syarikat (AS) mungkin dipandu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang canggih, menurut pakar.

Belon pengintip kedua kemudiannya dikesan di ruang udara Amerika Latin sebelum ia menuju ke arah timur di tengah Amerika Syarikat.

Menurut pakar belon pengawasan di badan pemikir Inisiatif Marathon di Washington, William Kim, belon adalah alat pemerhatian berharga yang sukar ditembak jatuh.

Katanya, belon pertama kelihatan seperti belon cuaca biasa tetapi mempunyai ciri berbeza.

"Ia mempunyai muatan agak besar dan boleh dilihat dan dilengkapi elektronik untuk panduan dan pengumpulan maklumat, dikuasakan oleh panel solar yang besar.

"Dan ia mempunyai teknologi pemanduan canggih yang masih belum digunakan oleh tentera AS.

"AI membolehkan belon itu dengan hanya membaca perubahan udara di sekelilingnya melaraskan ketinggian untuk membimbingnya ke mana ia mahu pergi," katanya.

Kim berkata, belon mempunyai kelebihan yang berbeza.apabila satelit menjadi lebih terdedah kepada serangan dari bumi dan angkasa. 


(Belon pengintip China dikesan terbang di ruang udara Montana, AS/AFP)

Katanya, belon juga mempunyai kelebihan untuk memegang kedudukan pegun berbanding satelit yang sentiasa mengorbit seperti digunakan oleh agensi pengintip bagi merakam gambar.

"Ia boleh kekal di atas selama satu bulan pada satu masa, berbanding satelit orbit," katanya.

Kim berkata, kemungkinan belon itu untuk mengumpul data dari luar sempadan AS atau lebih tinggi tetapi tidak berfungsi.

"Belon itu biasanya beroperasi pada ketinggian 20 hingga 30 kilometer (km), dan yang ini berada pada ketinggian 14 km.

"Jika mahu ia lebih sukar untuk dikesan, lebih sukar untuk ditembak jatuh, maka ia masuk akal untuk beroperasi pada ketinggian yang lebih tinggi," katanya. - AFP

Media Baharu