(IndiĀ mengucapkan selamat tinggal kepada anak kesayangannya. Omysha berumur lapan tahun, maut akibat
virus herpes EEHV yang turut meragut nyawa adiknya beberapa hari sebelumnya/
FOTO FB The Tragedy of Zoo Elephants)
ZURICH, 11 Julai- Seekor lagi gajah mati akibat jangkitan herpes gajah di Zoo Zurich, kurang dua minggu selepas haiwan sama disahkan mati akibat virus itu
Jurucakap Zoo Zurich, Pascal Marty berkata, gajah Asia betina bernama Omysha berusia lapan tahun itu mati pada malam Ahad, walaupun sudah menerima ubat antivirus dan infus plasma darah, kata jurucakap zoo Pascal Marty.
Katanya, kakak Omysha, Chandra dan ibunya, Indi, diberi masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada gajah itu, satu pertimbangan penting dalam haiwan yang mempunyai hubungan sosial yang kukuh.
Sebelum ini, seekor gajah jantan berusia dua tahun bernama Umesh yang juga adik kepada Omysha maut akibat virus sama pada akhir Jun.
(Anak gajah jantan berusia dua hari Umesh berjalan di antara ibunya Indi yang berusia tiga puluh empat tahun
dan kakaknya Omysha di Taman Gajah Kaeng Krachan di zoo di Zurich, Switzerland 6 Februari 2020/REUTERS)
"Sangat sedih Omysha meninggal dunia. Kakitangan kami melakukan segala yang kami mampu untuknya, namun malangnya mereka tidak dapat menyelamatkannya.
"Ia masa yang penuh emosi bagi kakitangan kerana mereka tinggal dan bekerja dengan haiwan, melihat kelahiran dan kematian, dan benar-benar mengenali haiwan itu," kata Marty.
Hampir semua gajah membawa virus herpes secara laten, bermaksud mereka tidak menunjukkan sebarang gejala dan ia tidak dapat dikesan dalam ujian.
Penyakit ini menyerang terutamanya gajah muda, yang sistem imunnya tidak cukup matang untuk menghasilkan antibodi bagi melawannya.
Pihak zoo berkenaan berkata, pakar patologi mula memeriksa Omysha untuk lebih memahami virus dan membangunkan kaedah rawatan yang lebih baik.
"Sehingga kini tiada kes akut herpes lain dalam enam gajah yang lain, walaupun kakitangan sedang mengawasi anak bongsu berusia lima tahun yang diberi nama Ruwani," katanya. - REUTERS