fb fb fb fb fb

Bandar terbesar di Pakistan dilanda banjir akibat musim tengkujuh

(Kelihatan seorang lelaki bersama isteri dan dua anaknya mengharungi jalan yang dinaiki air
semasa musim tengkujuh di Karachi, Pakistan 9 Julai 2022/REUTERS)

KARACHI, 11 Julai- Hujan lebat menyebabkan banjir dan kerosakan besar di ibu negara Pakistan, Karachi pada Isnin, malah membanjiri daerah perniagaan, kata pegawai.

Kebanyakan laluan bawah tanah dibanjiri dan tiada tempat untuk mengepam air, menurut ketua menteri wilayah Sindh, Murad Ali Shah kepada pemberita.

Beliau berkata hujan dengan julat besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini turun dalam tempoh tiga jam.

Satu kematian telah disahkan dalam kejadian terbaharu ekoran hujan Monsun, menambah kepada 29 kematian yang dilaporkan sejak ia bermula bulan lepas.

Jalan-jalan di kawasan utama bandar itu termasuk kompleks Pihak Berkuasa Perumahan Pertahanan (DHA) dan Clifton dinaiki air.

Jalan-jalan utama Karachi, yang menempatkan institusi kewangan dan ibu pejabat bank termasuk bank pusat Pakistan, turut dinaiki air dan usaha menyelamat menggunakan bot untuk mengeluarkan mereka yang terkandas.

Tentera Laut Pakistan juga mengambil bahagian dalam operasi bantuan dan menyelamat. -REUTERS

(Penduduk meredah jalan yang dinaiki air semasa musim tengkujuh di Karachi, Pakistan 9 Julai 2022/REUTERS)

 

 

Media Baharu