fb fb fb fb fb

43 hari terhenti, kerajaan AS kembali beroperasi

Foto AFP

WASHINGTON, 13 November - Selepas 43 hari penutupan kerajaan paling lama dalam sejarah Amerika Syarikat, Kongres meluluskan langkah untuk membuka semula agensi persekutuan yang sebelum ini terhenti. Penutupan itu menyebabkan ratusan ribu pekerja tidak menerima gaji dan menjejaskan operasi banyak jabatan kerajaan.

Dewan Perwakilan yang diketuai Parti Republikan meluluskan pakej yang telah diluluskan oleh Senat, membolehkan kerajaan beroperasi sehingga Januari. Presiden, Donald Trump dijangka menandatangani langkah itu dalam beberapa jam lagi.

Suasana di ibu negara dilaporkan lega, dengan pekerja kerajaan dilihat berkumpul dan meluahkan kelegaan selepas lebih sebulan menghadapi ketidaktentuan kewangan.

Namun, kebimbangan berhubung kemungkinan krisis sama berulang masih wujud sekiranya tiada penyelesaian jangka panjang dicapai.- AFP

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN