fb fb fb fb fb

Ribuan sekolah musnah, pelajar Yaman berjuang belajar

Foto AFP

YAMAN, 13 November - Hampir 3,000 buah sekolah di Yaman musnah akibat peperangan yang berlarutan, mengakibatkan pelajar berdepan kesukaran untuk mendapatkan pendidikan.

Di Sekolah Al-Ribat al-Gharbi, kanak-kanak menuntut ilmu di bawah khemah uzur dengan bangku kayu kasar, ramai tanpa kasut atau buku teks, namun, masih berpeluang belajar di negara yang dilanda konflik bertahun-tahun.

Menurut seorang Pengetua Sekolah,Fathiya al-Afifi,sekolah yang masih beroperasi pula menghadapi gangguan bekalan elektrik dan kekurangan kemudahan air bersih.

“Sekolah yang dibina melalui program Saudi menyediakan banyak kemudahan baharu. Ia membolehkan kami menampung pelajar yang sebelum ini tersebar di kawasan jauh. Di sekolah lain, berlaku kesesakan dengan bilangan pelajar dan kakitangan pentadbiran mencecah sekitar seratus orang.

"Dengan pembukaan fasiliti ini, alhamdulillah, kami dapat menerima pelajar baharu. Sebelum ini, pelajar dari kawasan ini terpaksa menempuh jarak jauh ke sekolah lain, menyusahkan kedua-dua pihak, ibu bapa dan pelajar sendiri," katanya.

Sementara itu, menurut Guru Sekolah,Suad Saleh, kekangan perhatian guru di sekolah memaksa guru-guru untuk menerima beratus pelajar dalam sebuah kelas.

“Apabila satu kelas mempunyai lebih daripada 105 atau 110 pelajar, terdapat sebab ianya berlaku. Idealnya, satu kelas tidak seharusnya melebihi 30 hingga 35 pelajar supaya guru dapat memantau setiap pelajar, sama ada mereka boleh membaca atau menulis.

"Kini, kebanyakan pelajar tidak dapat membaca atau menulis. Guru tidak dapat menumpukan perhatian kepada setiap pelajar," katanya.

Tempoh kelas adalah 35 minit, tetapi 10 hingga 20 minit terpakai hanya untuk menenangkan pelajar akibat kesesakan dan keadaan sukar yang kami hadapi.- AFP

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN