fb fb fb fb fb

Ribuan pelajar ambil peperiksaan, kemasukan ke universiti terkemuka

Foto AFP

SEOUL, 13 November - Lebih 550,000 pelajar Korea Selatan menjalani peperiksaan kemasukan universiti tahunan “Suneung” yang merupakan peperiksaan penting sebagai tiket ke universiti terkemuka, juga penentuan kestabilan ekonomi dan peluang sosial.

Kerajaan mengambil langkah tegas, termasuk larangan penerbangan selama 35 minit semasa ujian mendengar Bahasa Inggeris dan bank serta pejabat awam dibenarkan mula bekerja sejam lebih lewat bagi mengelak kesesakan.

Menurut pelajar, Kim Min-Jae, 18 tahun, dia berasa gugup tetapi bersedia mengambil ujian itu.

Bagi ibu kepada pelajar, Han Yu-na, beliau berharap anaknya dapat memberikan yang terbaik hingga tamat peperiksaan.

Kitaran kemasukan universiti buat pertama kali pada tahun 2026, dengan syarat kesemua universiti dalam tempoh empat tahun perlu mengambil kira rekod keganasan di sekolah dalam penilaian, berbanding sebelumnya hanya sebagai cadangan.- AFP

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN