AFRIKA SELATAN, 12 Julai - Polis sedang memburu suspek yang membunuh sekurang-kurangnya 19 individu dalam dua kes tembakan rambang berasingan di Johannesburg.
4 terkorban manakala 8 lagi cedera di sebuah kedai minuman di Pietermaritzburg pada Sabtu.
Serangan kedua pula berlaku di sebuah bar di Nomzamo Park, Soweto; dengan 15 ditembak mati dan 9 cedera.
(Pegawai Perkhidmatan Polis Afrika Selatan (SAPS) menguatkuasakan
perimeter di sekeliling tempat kejadian. / Foto AFP)
Pihak berkuasa sedang mencari petunjuk berikutan bilangan suspek yang diburu dalam serangan itu belum diketahui.
Dalam pada itu, wujud desakan untuk mengawal atau menutup operasi kedai minuman yang tidak berdaftar di kawasan perumahan dan perbandaran bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Penduduk juga bimbang dengan ancaman terhadap keselamatan mereka. - AFP