fb fb fb fb fb

Omicron: PM New Zealand batal perkahwinan

WELLINGTON, 23 Januari - Perdana Menteri, Jacinda Arden membatalkan perkahwinannya ketika New Zealand memperkenalkan sekatan baharu mengekang penularan varian Omicron.

Beliau turut menyuarakan simpati terhadap mereka yang senasib dengannya.

New Zealand mewajibkan pemakaian pelitup muka dan mengehadkan perhimpunan dengan kehadiran 100 individu lengkap vaksinasi dalam setiap acara, bermula hari ini, susulan pengesanan kluster melibatkan sembilan kes varian Omicron.

Jangkitan itu mempunyai hubung kait dengan sebuah keluarga yang menaiki penerbangan antara bandar, untuk menghadiri majlis perkahwinan.

Media Baharu