COPENHAGEN, 16 Disember – Norway akan menyediakan dana sebanyak AS$242.38 juta bagi memperkukuh keupayaan tentera laut Ukraine dalam usaha membantu negara itu mengekang ancaman tentera laut Rusia di Laut Hitam.
Langkah itu diumumkan Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Stoere pada Isnin, sebagai sebahagian daripada sokongan Oslo terhadap keselamatan Ukraine.
“Adalah penting untuk melindungi penduduk Ukraine dan infrastruktur mereka daripada serangan Armada Laut Hitam Rusia,” kata Stoere dalam kenyataannya.
Beliau turut menekankan kepentingan melindungi eksport laut Ukraine seperti bijirin dan produk lain yang menjadi sumber pendapatan utama negara itu.
Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada sokongan Norway terhadap usaha mempertahankan kestabilan dan keselamatan serantau di tengah-tengah konflik berterusan antara Ukraine dan Rusia.-REUTERS