fb fb fb fb fb

Nissan, Honda umum kerjasama teroka pembangunan EV

FOTO HIASAN

TOKYO, 15 Mac- Syarikat kereta gergasi Jepun Nissan dan Honda mengumumkan persetujuan untuk meneroka perkongsian strategik dalam kenderaan elektrik (EV).

"Untuk mempercepatkan lagi usaha ke arah neutraliti karbon dan sifar kemalangan maut, adalah penting untuk mengukuhkan teknologi alam sekitar dan elektrifikasi serta pembangunan perisian," menurut kenyataan bersama Nissan dan Honda.

"Kedua-dua syarikat itu telah mencapai persefahaman berdasarkan kepercayaan adalah perlu untuk menggabungkan kekuatan mereka dan meneroka kemungkinan kerjasama pada masa depan," tambahnya.

Skop kajian kemungkinan termasuk platform perisian automotif, komponen teras yang berkaitan dengan EV dan produk pelengkap.

"Adalah penting untuk bersiap sedia bagi peningkatan kadar transformasi dalam mobiliti jangka pendek hingga panjang, dan adalah penting bahawa kami telah mencapai persetujuan ini berdasarkan persefahaman bersama bahawa Honda dan Nissan menghadapi cabaran yang sama," kata Ketua Eksekutif Nissan, Makoto Uchida.

Sementara itu, Pengarah Honda Toshihiro Mibe memaklumkan terdapat transformasi sekali dalam satu abad dalam industri automotif.

"Kriteria kajian kami ialah sama ada sinergi teknologi dan pengetahuan yang telah diusahakan bagi membolehkan kami menjadi peneraju industri dengan mencipta nilai baharu untuk industri automotif," katanya.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE