fb fb fb fb fb

New Zealand minta maaf kepada mangsa dera

Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon membuat permohonan maaf negara di Parlimen /Foto REUTERS

WELLINGTON, 12 November - New Zealand hari ini menawarkan permohonan maaf negara, kepada mangsa serta keluarga ratusan ribu golongan muda dan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat susulan laporan siasatan awam pada Julai lalu yang mendapati kira-kira 200,000 kanak-kanak dan orang dewasa yang berada di pusat penjagaan di negara itu mengalami beberapa bentuk penderaan dari 1950 hingga 2019.

"Hari ini saya memohon maaf bagi pihak kerajaan kepada semua yang mengalami penderaan, kemudaratan dan pengabaian semasa dalam jagaan.

"Anda layak mendapat yang lebih baik dan saya sangat menyesal kerana New Zealand tidak melakukan yang lebih baik untuk anda.

"Saya minta maaf kerana anda tidak dipercayai apabila anda tampil ke hadapan untuk melaporkan penderaan.

"Saya minta maaf kerana ramai orang yang melihat, kakitangan, sukarelawan dan penjaga..menutup mata dan gagal menghentikan atau melaporkan penderaan,” kata Perdana Menteri, Christopher Luxon kepada mangsa yang terselamat dan keluarga mereka di Parlimen Wellington.

Beliau berkata, kerajaan sudah selesai mengambil tindakan berdasarkan 28 syor hasil siasatan dan akan memberikan maklum balas penuh awal tahun depan.

Suruhanjaya Siasatan Diraja juga sudah bercakap dengan lebih 2,300 mangsa.

Siasatan itu memperincikan rangkaian penderaan dalam rumah penjagaan berasaskan negeri dan kepercayaan, termasuk rogol. - REUTERS

Trainee