fb fb fb fb fb

New Zealand haramkan penggunaan PFAS dalam kosmetik, menjelang 2027

Foto Reuters

WELLINGTON, 31 Januari- New Zealand bakal mengharamkan penggunaan bahan kimia kekal yang berbahaya dalam produk kosmetik, menjelang 2027.

Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar berkata bahan kimia jenis 'perfluoroalkyl' dan 'polyfluoroalkyl' atau dikenali sebagai PFAS.

Bahan berbahaya itu ditemukan dalam item seperti pengilat kuku, krim pencukur, krim asas, gincu dan maskara, PFAS menjadikan produk lebih tahan lama, boleh disebarkan dan kalis air.

Bahan kimia itu hampir tidak boleh dihancurkan namun boleh terkumpul di dalam badan dari masa ke masa serta kajian telah membuktikan ia menjadi penyebab kepada kanser, ketidaksuburan dan kerosakan terhadap alam sekitar.

"Kebimbangan kami ialah ia tidak rosak, sama ada dalam badan atau persekitaran."

"Apabila ia terkumpul, ia telah dikaitkan dengan pelbagai kesan berbahaya, seperti kanser dan masalah hormon," Shaun Presow dari Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar memberitahu AFP pada Rabu.

Industri kosmetik mempunyai masa sehingga 31 Disember 2026 untuk menghentikan penggunaan bahan kimia itu secara berperingkat.

New Zealand juga akan mengharamkan penggunaan PFAS dalam buih pemadam kebakaran mulai Disember 2025.

Beberapa negeri Amerika Syarikat (AS) telah menerima pakai dasar itu bagi melindungi orang daripada PFAS dan perkara itu juga dalam pertimbang Kesatuan Eropah (EU) untuk diharamkan.

Jelas Presow, New Zealand akan menjadi antara negara pertama yang mengharamkan penggunaan bahan berbahaya itu dalam industri kosmetik.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM