fb fb fb fb fb

China pintas Jepun, sebagai pengeksport kenderaan terbesar dunia

Foto AFP

TOKYO, 31 Januari- China berjaya memintas Jepun sebagai pengeksport kenderaan terbesar dunia tahun lalu.

Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA) mendedahkan data menunjukkan China mengeksport 4.91 juta kenderaan berbanding Jepun dengan 4.42 juta kenderaan.

Biro Kastam China meletakkan jumlah itu lebih tinggi kepada 5.22 juta, peningkatan besar tahun ke tahun iaitu sebanyak 57%.

Satu pertiga daripadanya merupakan kenderaan elektrik.

Bagaimanapun, pembuat kereta Jepun termasuk Toyota pula disahkan sebagai syarikat terbesar di dunia dengan jualan unit, selain menghasilkan sejumlah besar kenderaan di negara-negara lain.

Pada 2022, pengeluaran kenderaan di Jepun tidak termasuk motosikal berjumlah 7.84 juta unit, tetapi pengeluaran di luar negara hampir 17 juta unit.

Pembuat kereta Jepun berikrar untuk meningkatkan prestasi mereka dengan Toyota menyasarkan untuk menjual 1.5 juta kenderaan elektrik (EV) setiap tahun menjelang 2026 dan 3.5 juta menjelang 2030.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM