fb fb fb fb fb

Rusia bedil Ukraine lagi, rumah dan pasar raya antara yang musnah

Foto AFP

KIEV, 31 Januari- Tentera Rusia telah melancarkan 20 pesawat tanpa pemandu (dron) dan tiga peluru berpandu dalam serangan ke atas Ukraine, malam tadi.

Kiev dalam satu kenyataan bagaimanapun memaklumkan sistem pertahanannya telah berjaya menjatuhkan puluhan dron di seluruh negara.

Ukraine yang terus dibom menerusi serangan udara oleh Rusia kini memasuki tahun kedua, menggesa sekutu di Barat untuk memperkukuh sistem pertahanan di negara berkenaan.

Tentera udara berkata Rusia telah melancarkan 20 serangan dron rekaan Iran serta tiga peluru berpandu balistik.

Pasukan polis di wilayah timur Kharkiv, yang bersempadan dengan Rusia bagaimanapun berkata sebuah pasar raya dan rumah kediaman musnah dalam serangan itu.

Terdahulu Presiden Volodymyr Zelensky menegaskan bahawa adalah menjadi keutamaan bagi Ukraine untuk menguasai semula ruang udaranya tahun ini, dalam mencapai kemajuan pada masa hadapan.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM