fb fb fb fb fb

Rasuah terima hadiah: Imran Khan, isteri dipenjara 14 tahun

Bushra Bibi dan Imran Khan/AFP

ISLAMABAD, 31 Januari- Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan isterinya, Bushra Bibi dijatuhi hukuman penjara 14 tahun atas kesalahan rasuah, lapor media tempatan hari ini.

Khan dan Bibi didapati bersalah melakukan rasuah dalam kes melibatkan hadiah yang diterima mereka semasa Khan menjawat jawatan sebagai perdana menteri.

Hukuman tersebut dijatuhkan seminggu sebelum negara itu mengadakan pilihan raya dan sehari selepas Khan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi kes pembocoran rahsia negara.

Namun, masih tidak jelas sama ada hukuman terbabit dijalankan secara berturut-trut atau serentak.

Perbicaraan berkenaan diadakan di sebuah penjara iaitu tempat Khan ditahan sejak Ogos lalu.

Sementara isterinya ditahan reman sepanjang perbicaraan terbabit dijalankan.

Pasangan itu berkahwin pada 2018, beberapa bulan sebelum Khan dipilih sebagai perdana menteri. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA