NEW YORK, 27 September - Menteri Luar New Zealand, Winston Peters, menegaskan negaranya belum bersedia mengiktiraf Negara Palestin pada masa ini, namun kekal komited terhadap penyelesaian dua negara.
“Dengan peperangan yang masih berlaku, Hamas masih berkuasa dan tiada kejelasan mengenai langkah seterusnya, kami berpendapat masa sekarang bukanlah yang sesuai,” katanya ketika berucap di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Perhimpunan Agung PBB, Jumaat.
Pendiran New Zealand itu dilihat berbeza dengan rakan tradisi seperti Australia, Kanada dan Britain yang telah mengiktiraf Palestin pada Ahad lalu.
Langkah berkenaan sekali gus menyertai lebih 140 negara lain yang menyokong aspirasi rakyat Palestin untuk membentuk negara merdeka daripada wilayah yang diduduki.-REUTERS