fb fb fb fb fb

New York, Paris dan Berlin rai ulang tahun pemasangan seni ikonik

Foto AFP

New York, 13 Februari - Tiga bandar utama dunia, New York, Paris dan Berlin akan meraikan ulang tahun pemasangan seni ikonik yang menyaksikan beberapa mercu tanda terkenal mereka diselubungi kain oleh pasangan artis terkenal, Christo dan Jeanne-Claude.

40 tahun lalu, pasangan itu membalut Pont Neuf, salah satu jambatan paling terkenal di Paris, dengan kain sutera berwarna batu pasir dalam projek bertajuk The Pont Neuf Wrapped.

Pada 1995 iaitu 10 kemudiannya, mereka mempersembahkan Wrapped Reichstag, bangunan parlimen Berlin dibalut dengan kain berwarna perak berkilauan menyerupai aluminium.

10 selepas itu, The Gates di Central Park, New York, menyaksikan batu-batu lorong taman dihiasi dengan ribuan gerbang besi yang digantung kain nilon berwarna jingga kunyit.

Walaupun karya agung itu sudah lama tiada, tiga bandar tersebut akan mengadakan pameran memperingati ulang tahun projek berkenaan serta sambutan ulang tahun ke-90 kelahiran kedua-dua artis tersebut. - AFP

TETITIA YUSOFF