fb fb fb fb fb

NATO perkukuh kerjasama dengan Jepun

(Foto Reuters)

JAPAN, 31 Januari- Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan terus memperkukuh kerjasama dengan Jepun, di tengah-tengah perang Ukraine yang masih berlarutan.

Kenyataan itu dibuat Setiausaha Agungnya, Jens Stoltenberg semasa lawatan ke Pangkalan Udara Iruma di wilayah Saitama, di sini.

Beliau yang kini dalam rangka lawatan ke Jepun turut akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Fumio Kishida.

"Perang di Ukraine adalah penting bagi kita semua, oleh itu kami amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan Jepun. Ini termasuk menggunakan juga pesawat dan keupayaan kargo," katanya dalam ucapan ringkas di pangkalan itu pada Selasa.

"Jepun merupakan rakan kongsi kami yang lama dan paling berkebolehan. Oleh itu lawatan saya ini satu cara untuk mengukuhkan lagi perkongsian antara NATO dan Jepun," tambahnya.

(Jens Stoltenberg/Reuters)

Stoltenberg sebelum itu melawat Korea Selatan, lokasi pertama bagi perjalanan yang turut merangkumi Jepun bertujuan memperkukuh hubungan dengan sekutu Amerika Syarikat dalam menghadapi perang di Ukraine.

Dalam pada itu, Jepun yang turut mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah mengenakan sekatan ke atas Moscow.

Selain menyediakan bekalan ketenteraan kepada Ukraine, bantuan kemanusiaan dan sokongan kewangan.

Rusia menggelar pencerobohan ke atas Ukraine yang dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu, sebagai "operasi khas" untuk mengelak ancaman terhadap keselamatannya sendiri.-REUTERS

Media Baharu