fb fb fb fb fb

NATO kukuhkan pertahanan di Timur Eropah, hantar jet dan kapal perang

FOTO AFP



BRUSSELS, 25 Januari- Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara NATO berkata pada Isnin ia menghantar jet dan kapal perangnya untuk mengukuhkan pertahanan di Timur Eropah ketika Amerika Syrikat dan Kesatuan Eropah EU bersedia untuk bertindak balas kepada Rusia jika ia menyerang Ukraine.

Ketegangan telah memuncak berhubung pengerahan kira-kira 100,000 tentera dan perisai berat di sempadan jirannya oleh Rusia, walaupun Kremlin mendesak ia tidak merancang pencerobohan baharu selepas hampir lapan tahun merampas Crimea.

Amerika Syarikat, Britain dan Australia telah mengarahkan keluarga diplomat meninggalkan Kyiv, manakala Perancis memberitahu rakyatnya untuk mengelakkan perjalanan yang tidak penting ke Ukraine.

Namun Kyiv dan ketua dasar luar Kesatuan Eropah berkata tindakan itu kelihatan terlalu awal, di tengah-tengah keraguan tentang betapa hampirnya sebarang serangan boleh berlaku.

Diplomat tertinggi Amerika Syarikat, Antony Blinken menghubungi rakan sejawatannya di EU di Brussels untuk memberitahu kepada mereka mengenai pertemuannya dengan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov pada Jumaat.

Amerika cuba mengumpulkan sekutunya untuk menyediakan pakej sekatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Moscow jika ia mengerahkan lebih banyak pasukannya ke sempadan dan anggota EU menegaskan mereka boleh menyerang Kremlin dalam beberapa hari jika perlu.

Perikatan NATO yang diketuai Amerika Syarikat berkata anggotanya meletakkan tentera dalam keadaan”bersiap sedia" dan menghantar kapal perang dan jet untuk memperkuat pertahanan Eropah timur sebagai tindak balas kepada pembentukan Rusia.

Denmark, Sepanyol dan Belanda dilaporkan memgambil langkah sama.

"NATO akan terus mengambil semua langkah yang perlu bagi melindungi dan mempertahankan semua sekutu," kata ketua NATO Jens Stoltenberg.

Kremlin kemudiannya menuduh perikatan itu meningkatkan ketegangan melalui "histeria maklumat" dan "tindakan keras”.-AFP

Media Baharu