fb fb fb fb fb

NATO campur tangan untuk pastikan keselamatan rakyat Kosovo

(Foto AFP)

BRUSSELS, 18 OGOS- Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan campur tangan dan mengambil sebarang langkah perlu untuk memastikan keselamatan rakyat Kosovo.

Menurut Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg, langkah itu perlu bagi menjamin persekitaran selamat dan kebebasan warga Kosovo.

Stoltenberg berkata demikian dalam sidang media bersama Presiden Serbia Aleksandar Vucic di Brussels.

Ketegangan Belgrade dan Pristina meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan keganasan baharu berlaku di utara Kosovo, kawasan minoriti Serbia.


(Setiausaha Agung, NATO Jens Stoltenberg/AFP)

Media Baharu