fb fb fb fb fb

Nasib Imran Khan ibarat telur di hujung tanduk

PAKISTAN, 23 Mac- Nasib Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dalam dunia politik ibarat telur di hujung tanduk.

Jumaat ini, usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dibahaskan di Parlimen.

Menurut media tempatan, usul undi tidak percaya terhadap Imran Khan dikemukakan pakatan pembangkang.

Parti Pakistan Tehreek-i-Insaf (PTI) pimpinan beliau pula sedang bergelut untuk mengekalkan majoriti tipis.

Ini kerana sekutunya dilihat enggan meneruskan sokongan terhadap kerajaan.

(Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan -AFP)


PTI menguasai 155 daripada keseluruhan 342 kerusi.

Parti itu bergantung kepada sekutu untuk mendapat majoriti mudah iaitu 172 kerusi.

Sekutunya, Liga Muslim Pakistan - Quaid-I-Azam (PMLQ), Muttahida Quami Movement (MQM) dan Parti Awami Balochistan (BAP), masing-masing mempunyai lima, tujuh dan empat kerusi.

PMLQ dan MQM belum membuat keputusan sama ada menyokong atau membantah usul undi tidak percaya itu.

Pihak pembangkang yang mempunyai 162 kerusi pula hanya memerlukan 10 lagi undi untuk menyingkirkan perdana menteri. -AFP

Media Baharu